Saturday, March 5, 2011

KAYUHAN SANTAI DI SEDIM

Tarikh : 05.03.2011                        
Destinasi : Hutan Lipur Sedim, Kulim, Kedah
Peserta : Tn. Pengetua, Cg. Nazri, Cg. Azlee, Cg. Razali, Cg. Mohayadi, Cg. Nizam & 4 pelajar


























Sunday, February 13, 2011

KAYUHAN SANTAI 2 - 13.02.2011

Tarikh : 13.02.2011                        
Destinasi : Bukit AIr
Peserta : 9 orang
Jarak : 50 km

Catatan :

  • 07.30am - Berkumpul di SEMSIRA
  • 08.00am - Mula bertolak - menuju ke Santan - Cg. Shakri menunggu untuk turut serta 
  • 09.30am - Sarapan capati di Beseri
  • 10.00am - Sambung kayuhan melalui "Wan Nordin"
  • 11.00am - Sampai di Bukit Air - Pekena 100Plus
  • 11.30am - Bertolak balik melalui Batu Pahat
  • 12.00pm - Singgah di Hujung Bukit
  • 01.00pm - Sampai di SEMSIRA














Wednesday, February 2, 2011

KAYUHAN SANTAI - 02.02.2011







Tarikh : 02.02.2011                        
Destinasi : Kuala Perlis
Peserta : 6 orang
Jarak : 30 km

Catatan :
  • 09.00pm - Bermula di rumah En. Wan Bakri (PT Sekolah)
  • 09.30pm - Kumpulan En. Omar sampai di Jejantas Utan Aji dari Arau
  • 10.00pm - Sampai di Kuala Perlis - bersantai di pesisiran laut
  • 10.20pm - Pekena roti canai dan air
  • 11.00pm - Bertolak balik

Monday, January 31, 2011

ANATOMI MTB

SEJARAH BASIKAL


Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular.

INFO:
Pengeluar basikal dan alat ganti terbesar ketika ini terletak di negara China dan kedua terbesar di Taiwan.


Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan pemegang tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885, walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).

 
 
Basikal utiliti Belanda yang menonjolkan brek hab dalaman di belakang, sarung rantai dan madgad, lampu berkuasa dinamo serta pemegang



Basikal bukit ini mempunyai tayar yang besar, rangka tegap, penyerap hentakan depan/belakang dan pemegang yang berserenjang dengan paksi basikal

Kegunaan

Aspek basikal yang luar biasa ialah penerimagunaan yang meluas dalam banyak bidang kegiatan manusia yang berlainan, umpamanya sebagai:
 

* mainan kanak-kanak
* rekreasi dan kesihatan dewasa
* pengangkutan harian
* sukan lumba basikal
* pelancongan basikal
* bahan asas untuk gimnasium statik atau versi perkakas kesihatan rumah.

Selain daripada rekreasi dan pengangkutan, basikal ketika dahulu telah disesuaikan untuk digunakan dalam banyak pekerjaan, termasuk tentera, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan sukan. Tema yang berulang-ulang dalam menunggang basikal ialah perasaan cemas antara penunggang basikal dan pemandu kereta, dengan setiap kumpulan menuntut bahagian yang adil untuk jalan raya dunia.