Monday, January 31, 2011

ANATOMI MTB

SEJARAH BASIKAL


Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular.

INFO:
Pengeluar basikal dan alat ganti terbesar ketika ini terletak di negara China dan kedua terbesar di Taiwan.


Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan pemegang tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885, walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).

 
 
Basikal utiliti Belanda yang menonjolkan brek hab dalaman di belakang, sarung rantai dan madgad, lampu berkuasa dinamo serta pemegang



Basikal bukit ini mempunyai tayar yang besar, rangka tegap, penyerap hentakan depan/belakang dan pemegang yang berserenjang dengan paksi basikal

Kegunaan

Aspek basikal yang luar biasa ialah penerimagunaan yang meluas dalam banyak bidang kegiatan manusia yang berlainan, umpamanya sebagai:
 

* mainan kanak-kanak
* rekreasi dan kesihatan dewasa
* pengangkutan harian
* sukan lumba basikal
* pelancongan basikal
* bahan asas untuk gimnasium statik atau versi perkakas kesihatan rumah.

Selain daripada rekreasi dan pengangkutan, basikal ketika dahulu telah disesuaikan untuk digunakan dalam banyak pekerjaan, termasuk tentera, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan sukan. Tema yang berulang-ulang dalam menunggang basikal ialah perasaan cemas antara penunggang basikal dan pemandu kereta, dengan setiap kumpulan menuntut bahagian yang adil untuk jalan raya dunia.

Friday, January 28, 2011

KAYUHAN SANTAI - 27.01.2011






Destinasi : Tasik Melati
Peserta : 3

Catatan : 
Misi tidak kesampaian kerana selepas Kilometer 8, tayar belakang Tuan Pengetua pancit.

Wednesday, January 26, 2011

KAYUHAN BULAN JANUARI

Alhamdulillah, program berbasikal untuk pertama kalinya telah dapat direalisasikan pada 16 Januari 2011. Laluan sejauh 43km itu telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru-Guru, Jurulatih Pusat KoKurikulum, Kelab Basikal Arau dan Ahli Kelab MTB Semsira. 4x4 pengetua juga digunakan untuk mengiringi sepanjang program ini.

Bermula pukul 7.30 pagi, peserta mula berkumpul di perkarangan tapak perhimpunan bangunan baru. Persiapan peralatan dan basikal dibuat untuk kali terakhir sebelum memulakan kayuhan. Bagi mengelak berlakunya kecederaan, aktiviti memanas badan dan regangan dilakukan. 

Pelepasan kayuhan dibuat oleh PK1 seawal jam 8.30 pagi, dimana peserta menuju ke destinasi pertama iaitu Gua Kerbau. Kayuhan yang diawasi oleh Rakan Penunggang (RP) berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Setelah berkayuh sejauh 16km, akhirnya peserta sampai ke destinasi pada pukul 10.30 pagi. Peserta berehat sambil menikmati bekalan makanan seperti roti dan pisang bagi mengembalikan tenaga.

Setelah berehat selama hampir 30 minit, kayuhan diteruskan ke destinasi kedua iaitu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Laluan pada sesi ini agak sukar kerana peserta perlu melalui jalan kebun getah yang tidak berturap disamping bentuk muka bumi yang berbukit.

Disinilah bermulanya cabaran yang sebenar. Kekuatan dan ketahanan mental serta fizikal peserta diuji. Namun begitu, segala cabaran dapat diharungi tanpa sebarang masalah besar. Akhirnya pada pukul 12.30 tgh, semua peserta dapat keluar dari kawasan berbukit menuju lebuhraya Kuala Perlis - Changlon.

Dengan bantuan angin, peserta meluncur laju melalui lebuhraya menuju ke destinasi seterusnya iaitu Stesyen Keretapi Arau. Sampainya di sana, peserta dihidangkan dengan air 100 Plus tajaan tuan pengetua. Setelah hilang dahaga, kayuhan diteruskan ke check point terakhir iaitu kembali ke sekolah. Akhirnya pada jam 2.00 petang, semua peserta selamat sampai ke destinasi dengan kepuasan yang tak terhingga.
Kelab MTB SEMSIRA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi yang pertama ini. Diharapkan program yang diadakan akan mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan dimasa hadapan.















SEKALUNG BUDI

PENGUNJUNG YANG DIHORMATI...
TERIMA KASIH KERANA SUDI  MENGUNJUNGI BLOG INI. APA YANG INGIN DIPAPARKAN ADALAH SEKADAR PERKONGSIAN TENTANG AKTIVITI DAN INFO KELAB. SEGALA KOMEN / CADANGAN AMATLAH DIALU-ALUKAN BAGI PENAMBAHBAIKAN BLOG INI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.