Wednesday, January 26, 2011

KAYUHAN BULAN JANUARI

Alhamdulillah, program berbasikal untuk pertama kalinya telah dapat direalisasikan pada 16 Januari 2011. Laluan sejauh 43km itu telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru-Guru, Jurulatih Pusat KoKurikulum, Kelab Basikal Arau dan Ahli Kelab MTB Semsira. 4x4 pengetua juga digunakan untuk mengiringi sepanjang program ini.

Bermula pukul 7.30 pagi, peserta mula berkumpul di perkarangan tapak perhimpunan bangunan baru. Persiapan peralatan dan basikal dibuat untuk kali terakhir sebelum memulakan kayuhan. Bagi mengelak berlakunya kecederaan, aktiviti memanas badan dan regangan dilakukan. 

Pelepasan kayuhan dibuat oleh PK1 seawal jam 8.30 pagi, dimana peserta menuju ke destinasi pertama iaitu Gua Kerbau. Kayuhan yang diawasi oleh Rakan Penunggang (RP) berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Setelah berkayuh sejauh 16km, akhirnya peserta sampai ke destinasi pada pukul 10.30 pagi. Peserta berehat sambil menikmati bekalan makanan seperti roti dan pisang bagi mengembalikan tenaga.

Setelah berehat selama hampir 30 minit, kayuhan diteruskan ke destinasi kedua iaitu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Laluan pada sesi ini agak sukar kerana peserta perlu melalui jalan kebun getah yang tidak berturap disamping bentuk muka bumi yang berbukit.

Disinilah bermulanya cabaran yang sebenar. Kekuatan dan ketahanan mental serta fizikal peserta diuji. Namun begitu, segala cabaran dapat diharungi tanpa sebarang masalah besar. Akhirnya pada pukul 12.30 tgh, semua peserta dapat keluar dari kawasan berbukit menuju lebuhraya Kuala Perlis - Changlon.

Dengan bantuan angin, peserta meluncur laju melalui lebuhraya menuju ke destinasi seterusnya iaitu Stesyen Keretapi Arau. Sampainya di sana, peserta dihidangkan dengan air 100 Plus tajaan tuan pengetua. Setelah hilang dahaga, kayuhan diteruskan ke check point terakhir iaitu kembali ke sekolah. Akhirnya pada jam 2.00 petang, semua peserta selamat sampai ke destinasi dengan kepuasan yang tak terhingga.
Kelab MTB SEMSIRA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi yang pertama ini. Diharapkan program yang diadakan akan mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan dimasa hadapan.















No comments:

Post a Comment